hari ini,
sudah memulakan langkah ke dalam bulan bernama september
aku merasakan hari berlalu dengan begitu cepat
rasanya, baru semalam aku masuk sem tiga ini
secara jujurnya
hati ku kosong
fikiranku seperti berangan angan
aku belajar seperti biasa
tiada semangat macam dulu
aku terfikir
kenapa keadaan ini terjadi
aku masih memikirkan peristiwa awal bulan tujuh hari itu
dan
aku tidak mahu berbohong
aku rasa takut untuk menghadapinya
betulkah
apa yang aku lakukan ini
aku cuma mahukan yang terbaik
aku mahu diri ku mencapai apa yang ibu bapa ku mahukan selama ini
aku dapat rasakan ini yang terbaik
jika ada jodoh kita
insyaallah
ALLAH akan pertemukan kita dengan cara yang lebih baik
aku
tulus aku katakan
aku ini mudah jatuh hati
ya
sangat mudah
aku tidak tahu mengapa
susah untuk ku katakan
MAI menyuruh aku untuk keraskan hati
aku cuba
tetapi
apakan daya
aku telah terjatuh
dan
sekarang
aku cuba untuk bangun tanpa melihat kepada tempat yang aku jatuh tadi
kawan
iya
kawan yang amat baik
baru aku kenal dua minggu sebelum bulan ramadhan
kami tidak pernah berjumpa
hanya berborak di laman sosial
masalah yang ku hadapi
aku berkongsi dengannya
dia banyak memberi aku penyelesaian
terima kasih sahabat
